Keluarga yang bahagia bukan hanya dibina atas kasih sayang. Kestabilan kewangan juga memainkan peranan penting. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, tekanan ekonomi boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Apa itu Pengurusan Kewangan Keluarga?
Pengurusan kewangan keluarga merujuk kepada proses merancang, mengurus dan memantau segala aspek kewangan dalam sesebuah keluarga. Ini melibatkan penyediaan bajet, simpanan, pelaburan, perbelanjaan harian, perlindungan insurans, dan perancangan jangka panjang.
Tujuan utama pengurusan kewangan keluarga adalah untuk memastikan semua keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi dengan sumber yang ada, tanpa menjejaskan kestabilan masa depan. Tanpa perancangan rapi, pasangan muda khususnya berisiko menghadapi tekanan kewangan, yang boleh menjejaskan hubungan dan kesejahteraan keluarga secara keseluruhan.
Kesilapan Kewangan Biasa Pasangan Muda
Antara kesilapan kewangan yang sering berlaku dalam kalangan keluarga muda termasuk:
Hidup melebihi kemampuan: Gaya hidup berasaskan trend, perbandingan dengan rakan-rakan di media sosial, atau membeli barangan mewah tanpa keperluan sebenar sering menyebabkan perbelanjaan melangkaui pendapatan.
Tabiat perbelanjaan tanpa simpanan: Tidak menyimpan apa-apa hujung bulan menandakan gaya hidup perlu dinilai semula. Perbelanjaan tanpa kawalan boleh menyebabkan hutang yang tidak terkawal.
Tidak mempunyai perlindungan insurans: Insurans kesihatan dan hayat penting untuk melindungi keluarga daripada beban kewangan akibat kejadian tidak dijangka.
Kesilapan Kewangan Biasa Pasangan Muda
ntara kesilapan kewangan yang sering berlaku dalam kalangan keluarga muda termasuk:
- Hidup melebihi kemampuan: Gaya hidup berasaskan trend, perbandingan dengan rakan-rakan di media sosial, atau membeli barangan mewah tanpa keperluan sebenar sering menyebabkan perbelanjaan melangkaui pendapatan.
- Tabiat perbelanjaan tanpa simpanan: Tidak menyimpan apa-apa hujung bulan menandakan gaya hidup perlu dinilai semula. Perbelanjaan tanpa kawalan boleh menyebabkan hutang yang tidak terkawal.
- Tidak mempunyai perlindungan insurans: Insurans kesihatan dan hayat penting untuk melindungi keluarga daripada beban kewangan akibat kejadian tidak dijangka.
Strategi Pengurusan Kewangan Keluarga yang Berkesan
Bagi memastikan perbelanjaan keluarga terkawal dan matlamat kewangan tercapai, berikut beberapa strategi praktikal yang boleh diamalkan:
1. Sediakan Bajet Bulanan
Mengenalpasti semua pendapatan dan perbelanjaan keluarga setiap bulan. Kategorikan perbelanjaan kepada keperluan dan kehendak. Rekod setiap transaksi dan semak semula pada hujung bulan. Ini membantu menilai corak perbelanjaan dan mengenal pasti ruang untuk penjimatan.
2. Tetapkan Matlamat Kewangan
Tentukan matlamat seperti simpanan pendidikan anak, dana kecemasan, pelaburan persaraan, atau penyelesaian hutang. Matlamat jelas membantu menentukan jumlah wang yang perlu disimpan dan jangka masa yang diperlukan.
3. Bina Dana Kecemasan
Simpan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji untuk digunakan ketika krisis. Dana ini penting agar keluarga tidak perlu berhutang apabila berlaku kecemasan kewangan.
4. Dapatkan Perlindungan Insurans
Perlindungan insurans seperti hayat dan kesihatan membantu mengekalkan gaya hidup keluarga sekiranya berlaku kematian atau penyakit serius. Gunakan manfaat daripada majikan jika ada, tetapi sebaiknya miliki polisi sendiri yang tidak bergantung kepada pekerjaan.
5. Rancang Pendidikan Anak-Anak
Gunakan skim simpanan pendidikan seperti SSPN untuk menyediakan dana bagi pendidikan tinggi. Selain simpanan konsisten, akaun ini juga memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa.
6. Urus Hutang Dengan Bijak
Bayar hutang mengikut jadual dan elakkan mengambil hutang baru tanpa sebab kukuh. Jika mampu, bayar lebih untuk hutang dengan kadar faedah tinggi bagi mengurangkan beban jangka panjang.
7. Simpan dan Labur untuk Jangka Panjang
Pelaburan yang konsisten seperti unit amanah atau dana persaraan boleh membantu membina kekayaan jangka panjang. Pastikan pelaburan selari dengan tahap toleransi risiko dan pilih platform yang sah dan dikawal selia.
8. Rancang Wasiat dan Legasi
Pastikan harta dapat diagihkan kepada waris dengan membuat wasiat. Ini mengelakkan pertikaian dan memastikan harta tidak dibekukan atau terbiar.
9. Gunakan Teknologi Kewangan
Gunakan aplikasi pengurusan kewangan seperti Wallet atau Spendee untuk menjejaki perbelanjaan dan simpanan. Platform digital perbankan juga memudahkan transaksi harian dan pemantauan akaun.
10. Fahami Kategori Perbelanjaan
Bahagikan perbelanjaan kepada kategori tetap (sewa rumah, pinjaman, bil utiliti) dan berubah (makanan, pakaian, hiburan). Kategori tambahan seperti langganan dan barangan bukan keperluan perlu dinilai secara berkala.
Lindungi Kewangan Keluarga Anda Bermula Hari Ini

Pengurusan kewangan keluarga bukan sekadar soal bajet dan simpanan. Ia adalah asas kepada kestabilan rumah tangga dan masa depan anak-anak. Tanpa perancangan yang baik, tekanan kewangan boleh memberi kesan besar terhadap hubungan dan kesejahteraan hidup.
Oleh itu, tindakan awal amat penting. Susun kewangan dengan bijak, elakkan kesilapan biasa dan ambil langkah untuk melindungi keluarga anda daripada risiko hutang yang berpanjangan.
Sekiranya anda sedang merancang kewangan keluarga dan memerlukan pembiayaan yang selamat serta patuh Syariah, OSK Syariah Capital sedia membantu. Kami menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah, pantas dan beretika. Antara kelebihannya:
- Tiada bayaran pendahuluan
- Kadar keuntungan tetap
- Kelulusan pantas
- Mesra kepada individu yang mempunyai rekod kredit kurang baik
Mulakan langkah anda ke arah kewangan keluarga yang lebih stabil dan tenang. Mohon pembiayaan bersama OSK Syariah Capital sekarang.
Soalan Lazim
1. Perlukah saya berbincang tentang kewangan secara terbuka dengan pasangan?
Ya. Perbincangan terbuka mengenai kewangan membantu pasangan menetapkan matlamat bersama, memahami keutamaan masing-masing dan mengelakkan konflik kewangan. Keputusan penting seperti bajet bulanan, simpanan dan perbelanjaan besar perlu dibincangkan secara telus.
2. Bagaimana cara mendidik anak tentang pengurusan kewangan sejak kecil?
Mulakan dengan memberi anak tugasan kecil yang disertakan ganjaran, galakkan menabung dalam tabung atau akaun simpanan, dan ajar mereka membezakan antara keperluan dan kehendak. Ini membina kesedaran awal tentang nilai wang dan pentingnya berjimat.
3. Adakah pembiayaan peribadi patuh Syariah sesuai untuk keperluan keluarga?
Ya. Pembiayaan patuh Syariah sesuai digunakan untuk pelbagai keperluan keluarga seperti pendidikan anak, pembaikan rumah atau penyusunan semula komitmen bulanan. Ia berasaskan prinsip keadilan dan bebas riba, menjadikannya pilihan yang lebih selamat dan beretika.