7 Kesan Muflis: Apa Yang Berlaku Apabila Anda Diisytihar Bankrap

Jika anda sedang dibelenggu komitmen kewangan yang tinggi atau bimbang dengan kemungkinan bankrap, penting untuk memahami implikasi sebenar yang bakal dihadapi.

1. Diletakkan Di Bawah Seliaan Ketua Pengarah Insolvensi (DGI)

Salah satu kesan utama apabila seseorang diisytihar muflis ialah mereka akan diletakkan di bawah kawalan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI merupakan pegawai berkanun yang dilantik untuk mengurus dan mentadbir kes kebankrapan.


Segala urusan berkaitan aset dan kewangan individu tersebut akan dikendalikan oleh KPI. Ini bermakna bhawa semua aset peribadi anda seperti rumah, kenderaan dan lain-lain aset akan diletakkan di bawah pentadbiran dan pengawasan KPI. Semua proses pembayaran balik hutang akan ditentukan juga mengikut perancangan yang ditetapkan oleh KPI.

2. Harta Disita dan Diurus untuk Bayar Hutang

Setelah diisytihar muflis, semua aset peribadi seperti rumah dan kenderaan akan diambil alih oleh KPI. Tujuannya adalah untuk menjual atau melelong aset tersebut bagi menjelaskan hutang yang tertunggak.

3. Sekatan Perjalanan ke Luar Negara

Individu yang muflis tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada KPI atau perintah mahkamah. Sekatan ini bertujuan mengelakkan individu daripada melarikan diri atau mengelak daripada menyelesaikan hutang mereka.

4. Had Akses kepadaPerkhidmatan Kredit dan Perbankan

Status muflis turut membawa sekatan kepada penggunaan kemudahan perbankan dan kredit:

  • Akaun bank sedia ada akan dibekukan
  • Tidak boleh mendapatkan pinjaman melebihi RM1,000
  • Had penggunaan kad kredit dihadkan kepada RM1,000
  • Perlu memohon kebenaran KPI untuk membuka akaun baru

5. Sekatan dalam Pekerjaan Profesional

Individu muflis turut berdepan sekatan dalam bidang pekerjaan tertentu, khususnya yang dikawal oleh badan profesional atau pihak berkuasa pelesenan. Antara profesion yang tidak membenarkan individu muflis untuk berkhidmat termasuk:

  • Akauntan
  • Peguam
  • Doktor
  • Jurukur bahan
  • Individu dalam bidang kewangan atau yang memegang lesen khas

6.Tidak Dibenarkan Miliki atau Urus Perniagaan

Seseorang yang muflis tidak boleh mendaftarkan atau memiliki perniagaan atas nama sendiri. Mereka juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Keupayaan untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan akan terbatas sepenuhnya.


Dalam erti kata lain, walaupun seseorang itu mempunyai modal atau idea perniagaan yang baik, mereka tidak dapat menjalankan perniagaan secara sah kerana status muflis telah mengehadkan peranan mereka dalam dunia korporat.

7. Sekatan Sosial dan Implikasi Reputasi

Walaupun kesan ini tidak dinyatakan secara rasmi dalam undang-undang, hakikatnya ramai individu muflis berdepan tekanan sosial dan emosi. Antaranya:

  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa malu dan stigma dalam masyarakat
  • Gangguan hubungan kekeluargaan atau sosial
  • Sukar memperoleh kepercayaan daripada rakan niaga atau majikan

 

Ini menunjukkan bahawa kesan muflis bukan hanya bersifat kewangan, tetapi turut melibatkan aspek psikologi dan sosial yang memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

Lindungi Masa Depan KewanganAnda Sebelum Terlambat

Kesan muflis bukan sekadar hilang keupayaan kewangan, tetapi turut menjejaskan kerjaya, reputasi, dan kehidupan harian. Daripada aset disita hingga sekatan dalam pekerjaan dan perjalanan, implikasinya boleh menjejaskan masa depan secara menyeluruh.
Namun, situasi ini boleh dielakkan dengan tindakan awal dan perancangan kewangan yang bijak. Jika anda sedang dibebani hutang atau bimbang tentang risiko muflis, langkah terbaik ialah mencari penyelesaian yang selamat dan bertanggungjawab.


OSK Syariah Capital menawarkan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang telus dan fleksibel, sesuai untuk membantu anda menyusun semula kewangan tanpa tekanan yang berlebihan. Antara kelebihannya:

  • Tiada bayaran pendahuluan
  • Kadar keuntungan tetap
  • Kelulusan pantas
  • Mesra kepada individu yang mempunyai rekod kredit kurang baik

 

Ambil langkah pertama untuk lindungi kestabilan kewangan anda. Mohon pembiayaan dengan keyakinan bersama OSK Syariah Capital hari ini.

Berita Yang Berkaitan