Soalan Lazim

Siapakah OSK Syariah Capital Sdn Bhd (“OSKSC”)?

OSKSC adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan anak syarikat di bawah Kumpulan OSK, yang menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah.

Produk yang ditawarkan merupakan kemudahan pembiayaan peribadi Islam tanpa cagaran. Pada masa ini, produk yang ditawarkan adalah kepada penjawat awam, di mana bayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji menerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (“ANGKASA”).

Produk ini adalah berdasarkan konsep Komoditi Murabahah melalui Tawarruq.

Anda boleh memohon sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. berumur di antara 20-58 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah satu tahun
    sebelum pesaraan dan umur bersara terhad kepada 58 tahun.);
  2. memegang jawatan tetap yang melebihi 6 bulan sebagai penjawat awam dan tidak berada
    dalam tempoh percubaan;
  3. mempunyai gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan;
  4. tidak diisytiharkan muflis.

Anda dikehendaki mengemukakan:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan kad pengenalan polis yang disahkan (jika berkenaan).
  3. 1 bulan salinan penyata gaji terkini.
  4. Penyata bank untuk akaun menerima pembiayaan.
  5. Surat pengesahan jawatan.
  6. Surat opsyen (jika berkenaan).
  7. Surat penukaran jabatan atau surat penempatan (jika berkenaan).
  8. Penyata penyelesaian awal (jika berkenaan).
  9. BPA 1/79 Borang Biro ANGKASA yang disahkan oleh majikan.
Anda masih boleh cuba memohon tetapi kelulusan tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda tidak memerlukan penjamin atau cagaran untuk pembiayaan ini namun keperluan ini adalah bergantung pada penilaian kredit yang akan dilaksanakan oleh pihak kami.

Anda tidak perlu membayar apa-apa yuran keahlian atau bayaran kepada sesiapa dalam apa jua keadaan.

Bayaran ansuran bulanan akan dibuat melalui kaedah pemotongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (“ANGKASA”).